Thursday, October 16, 2014

Ketam Nipah

Ketam nipah adalah sejenis haiwan laut dari jenis krustasia iaitu bercengkerang seperti udang. Ketam nipah juga dikenali sebagai ketam bakau atau ketam lumpur (Mud Crabs). Nama saintifiknya adalah syclla serrata. Habitat ketam nipah adalah membiak dan hidup di kawasan paya bakau yang berlumpur. Ketam nipah membiak secara bertelur. Ketam ini boleh membesar sehingga 4kg seekor. Ketam ini adalah dari jenis karnivor atau ganas. Ketam ini hanya boleh hidup dalam air payau dan juga masin. Ia teramat sensitif dengan air hujan. Harga pasaran ketam ini adalah tidaklah terlalu tinggi tetapi harga dikira mengikut berat ketam. Pada umunnya harga yang dipasarkan diantara RM15 hingga RM25 dengan saiz 3-4 kg.

Saiz dan harga ketam nipah
  • ketam saiz besar        : RM30 sekilo (600g keatas)
  • ketam saiz sederhana : RM25 sekilo (400g-599g)
  • ketam saiz sederhana : RM24 sekilo (300g-399g)

Sarang atau lubuk ketam nipah






Perbezaan ketam nipah jantan dan betina

Sepit ketam jantan lebih kecil dari saiz badan


Ketam betina pula saiz badan lebih besar dari saiz sepit


Alat menangkap ketam nipah

Bento adalah alat yang digunakan untuk menangkap ketam nipah dengan menggunakan umpan kepala ayam.




Terima kasih kerana sudi membaca.



No comments:

Post a Comment