Menurut Wally Olins (1989) melalui penulisan yang berjudul Corporate Identity: Making Business Strategy Visible Through Design, telah menyatakan bahawa sesebuah organisasi haruslah terang dan jelas ianya dapat menjadi kayu pengukur terhadap produk, gelagat dan tidakan yang dilakukan. Merujuk kamus Dewan Edisi keempat, identiti dapat didefinisikan sebagai sifat-sifat atau ciri-ciri yang terdapat pada seseorang atau sesuatu. Manakala korporat pula adalah berkaitan dengan syarikat atau perbadanan melalui imej sesebuah organisasi sebagai badan korporat yang sah disisi undang-undang.
Identiti korporat bukan sekadar logo dan nama yang digunakan sebagai satu komponen komunikasi dalam menerangkan identiti sesebuah syarikat. Ia juga melibatkan konsep dan tema yang disasarkan oleh syarikat itu sendiri bagi menunjukkan ketidaksamaan identiti dan korporat dengan pesaing. Identiti korporat berkomunikasi melalui perlaksanaan perniagaan yang sistematik, kepakaran dan budaya korporat. Antara keperluan yang perlu ada dalam korporat manual adalah :
Kawalan Identiti Korporat
Sistem Jenama Identiti
Kawalan Identiti Korporat
- spesifikasi teknikal (warna)
- warna korporat
- penyalahgunaan logo
- tanda-tanda korporat
- elemen logo
- saiz semual
- panduan skala logo
- muka taip korporat
- kad perniagaan
- kepala surat
- sampul surat
Aplikasi Identiti Korporat
- uniform korporat
- kenderaan
- barangan cenderahati
- fasad
- sistem komunikasi
Contoh Sistem Jenama Identiti dan Aplikasi Identiti Korporat
Terima kasih kerana sudi membaca.
No comments:
Post a Comment