Thursday, October 16, 2014

Kenali Jenis Ketam

Pelbagai jenis atau spesis ketam yang dinamai dengan pe;bagai nama mengikut tempat dan negara. Di Malaysia, di antaranya yang dinamakan dengan ketam bunga, ketam biru, ketam batu, ketam renjong, ketam bulu, ketam minyak, ketam nipah, ketam bakau, ketam lumpur dan sebagainya. Namun, ada yang mengatakan ketam nipah adalah haiwan dua alam dan haram dimakan bagi orang Islam. Mengikut istilah sains, haiwan dua alam ini ada dua kategori iaitu reptilia dan amfibia yang mempunyai sistem pernafasan paru-paru. Edaran hidupnya sebahagian di dalam air dan sebahagian lagi di darat seperti katak, penyu, buaya dan seumpamanya. 

Habitat Ketam
Secara semulajadi ketam hidup serta membiak disekitar paya bakau, kuala sungai, tepi pantai atau laut, dalam air payau atau masin mengikut masa air pasang dan surut. Ketam juga mengambil masa berbulan-bulan untuk membesar. Walaupun ketam betina bertelur dengan jumlah yang banyak (jutaan telur) tetapi yang hidup dan membesar hanya 20 hingga 30 peratus sahaja. Yang selebihnya akan mati akibat menjadi mangsa serta makanan haiwan laut yang lain.

Jantina Ketam
Ramai di antara kita yang tidak mengetahui jantina ketam. Caranya adalah dengan melihat bawah perut ketam iaitu segi tiga lebar dan segi tiga panjang.

Ketam Betina

Bawah perutnya berbentuk segi tiga lebar


Ketam Jantan

Bawah perut ketam berbentuk segi tiga panjang



Contoh Spesis Ketam

Mud Crabs
Nama saintifik : Scylla Serata


Swimmer Crabs / Sea Crabs 
Nama saintifik : Portunus Sanguinolentus


Blue Swimmer Crabs / Sea Crabs 
Nama saintifik : Portunus Pelagicus


Swimmer Crabs / Sea Crabs 
Nama saintifik : Charybdis Cruciata


Harris Mud Crabs, Estuarine Mud Crabs 
Nama saintifik : Rhithropanopeus Harrisii / Pilumnus Harrisi Gould


Spanner Crabs
Nama saintifik : Ranina ranina



Terima kasih kerana sudi membaca.



10 comments:

  1. Semua jenis ketam bole mkn x awak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ketam batu haram. Sbb dia boleh hidup 2 alam. Bole google pbezAan dgn ketam nipah.. rase yg harris mud crab tu bentuk ketam batu

      Delete
    2. maaf boleh saya dapatkan dalil yang mengatakan haram?...terima kasih

      Delete
    3. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/4290-irsyad-al-fatwa-siri-ke-446-hukum-makan-ketam-kelapa

      Delete
  2. nak makan maggi ketam sedap ada kat CHOLEQ DELIGHTS di jalan reko kajang

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, saya student FYP SM Sains (Biologi Marin). Saya nak memulakan FYP saya pada semester hadapan. Bolehkah awak share sedikit berkenaan FYP awak kepada saya?

    ReplyDelete
  4. Di area kajang saya jumpa ketam sungai...spt ketam batu (2alam)..paling besar berukuran 3jari (lebar)...lokasi dirahsiakan ats sbb trtentu...ssetak ni survey di Google,hanya di terengganu sahaja menemui ketam air tawar di hulu...sekada s perkongsian.tq

    ReplyDelete
  5. Trima kasih atas maklumat trsebut...

    ReplyDelete