Thursday, October 16, 2014

Ketam Nipah

Ketam nipah adalah sejenis haiwan laut dari jenis krustasia iaitu bercengkerang seperti udang. Ketam nipah juga dikenali sebagai ketam bakau atau ketam lumpur (Mud Crabs). Nama saintifiknya adalah syclla serrata. Habitat ketam nipah adalah membiak dan hidup di kawasan paya bakau yang berlumpur. Ketam nipah membiak secara bertelur. Ketam ini boleh membesar sehingga 4kg seekor. Ketam ini adalah dari jenis karnivor atau ganas. Ketam ini hanya boleh hidup dalam air payau dan juga masin. Ia teramat sensitif dengan air hujan. Harga pasaran ketam ini adalah tidaklah terlalu tinggi tetapi harga dikira mengikut berat ketam. Pada umunnya harga yang dipasarkan diantara RM15 hingga RM25 dengan saiz 3-4 kg.

Saiz dan harga ketam nipah
  • ketam saiz besar        : RM30 sekilo (600g keatas)
  • ketam saiz sederhana : RM25 sekilo (400g-599g)
  • ketam saiz sederhana : RM24 sekilo (300g-399g)

Sarang atau lubuk ketam nipah






Perbezaan ketam nipah jantan dan betina

Sepit ketam jantan lebih kecil dari saiz badan


Ketam betina pula saiz badan lebih besar dari saiz sepit


Alat menangkap ketam nipah

Bento adalah alat yang digunakan untuk menangkap ketam nipah dengan menggunakan umpan kepala ayam.




Terima kasih kerana sudi membaca.



Apa Itu Logo?

Logo adalah unsur grafik bagi tanda niaga atau jenama yang di set dalam jenis taip khas (font) atau direka dalam bentuk tertentu dan mudah untuk dikenali berdasarkan bentuk, warna, jenis muka taip dan sebagainya. Logo adalah singkatan perkataan logogram iaitu gubah ringkasan sesuatu bentuk. Logo juga sangat penting dalam sesebuah syarikat atau organisasi kerana ia melambangkan simbol atau pengenalan sesebuah syarikat, barangan, perkhidmatan dan sebagainya. Sifat unik sesebuag logo adalah penting bagi mengelakkan kekeliruan dikalangan pelanggan, pembekal, pengguna dan orang ramai. Apabila logo direka, cara yang berkesan adalah mendaftarkannya sebagai tanda dagang agar pihak ketiga tidak sah dan tidak boleh menggunakannya atau mengganggu pemilik menggunakannya. 

Contoh logo

contoh logo



Kenali Jenis Ketam

Pelbagai jenis atau spesis ketam yang dinamai dengan pe;bagai nama mengikut tempat dan negara. Di Malaysia, di antaranya yang dinamakan dengan ketam bunga, ketam biru, ketam batu, ketam renjong, ketam bulu, ketam minyak, ketam nipah, ketam bakau, ketam lumpur dan sebagainya. Namun, ada yang mengatakan ketam nipah adalah haiwan dua alam dan haram dimakan bagi orang Islam. Mengikut istilah sains, haiwan dua alam ini ada dua kategori iaitu reptilia dan amfibia yang mempunyai sistem pernafasan paru-paru. Edaran hidupnya sebahagian di dalam air dan sebahagian lagi di darat seperti katak, penyu, buaya dan seumpamanya. 

Habitat Ketam
Secara semulajadi ketam hidup serta membiak disekitar paya bakau, kuala sungai, tepi pantai atau laut, dalam air payau atau masin mengikut masa air pasang dan surut. Ketam juga mengambil masa berbulan-bulan untuk membesar. Walaupun ketam betina bertelur dengan jumlah yang banyak (jutaan telur) tetapi yang hidup dan membesar hanya 20 hingga 30 peratus sahaja. Yang selebihnya akan mati akibat menjadi mangsa serta makanan haiwan laut yang lain.

Jantina Ketam
Ramai di antara kita yang tidak mengetahui jantina ketam. Caranya adalah dengan melihat bawah perut ketam iaitu segi tiga lebar dan segi tiga panjang.

Ketam Betina

Bawah perutnya berbentuk segi tiga lebar


Ketam Jantan

Bawah perut ketam berbentuk segi tiga panjang



Contoh Spesis Ketam

Mud Crabs
Nama saintifik : Scylla Serata


Swimmer Crabs / Sea Crabs 
Nama saintifik : Portunus Sanguinolentus


Blue Swimmer Crabs / Sea Crabs 
Nama saintifik : Portunus Pelagicus


Swimmer Crabs / Sea Crabs 
Nama saintifik : Charybdis Cruciata


Harris Mud Crabs, Estuarine Mud Crabs 
Nama saintifik : Rhithropanopeus Harrisii / Pilumnus Harrisi Gould


Spanner Crabs
Nama saintifik : Ranina ranina



Terima kasih kerana sudi membaca.