Thursday, September 25, 2014

Apa Itu Identiti Korporat?

Menurut Wally Olins (1989) melalui penulisan yang berjudul Corporate Identity: Making Business Strategy Visible Through Design, telah menyatakan bahawa sesebuah organisasi haruslah terang dan jelas ianya dapat menjadi kayu pengukur terhadap produk, gelagat dan tidakan yang dilakukan. Merujuk kamus Dewan Edisi keempat, identiti dapat didefinisikan sebagai sifat-sifat atau ciri-ciri yang terdapat pada seseorang atau sesuatu. Manakala korporat pula adalah berkaitan dengan syarikat atau perbadanan melalui imej sesebuah organisasi sebagai badan korporat yang sah disisi undang-undang. 

Identiti korporat bukan sekadar logo dan nama yang digunakan sebagai satu komponen komunikasi dalam menerangkan identiti sesebuah syarikat. Ia juga melibatkan konsep dan tema yang disasarkan oleh syarikat itu sendiri bagi menunjukkan ketidaksamaan identiti dan korporat dengan pesaing. Identiti korporat berkomunikasi melalui perlaksanaan perniagaan yang sistematik, kepakaran dan budaya korporat. Antara keperluan yang perlu ada dalam korporat manual adalah :

Kawalan Identiti Korporat
  • spesifikasi teknikal (warna)
  • warna korporat
  • penyalahgunaan logo
  • tanda-tanda korporat
  • elemen logo
  • saiz semual
  • panduan skala logo
  • muka taip korporat

Sistem Jenama Identiti
  • kad perniagaan
  • kepala surat
  • sampul surat

Aplikasi Identiti Korporat
  • uniform korporat
  • kenderaan
  • barangan cenderahati
  • fasad
  • sistem komunikasi




Contoh Sistem Jenama Identiti dan Aplikasi Identiti Korporat







Terima kasih kerana sudi membaca.


Identiti Korporat Restoran Alemy Maggi Ketam

Alemy Meggi Ketam merupakan sebuah restoran yang menyajikan menu maggi ketam. Alemy Meggi Ketam terletak di Cherang Ruku, Pasir Puteh Kelantan. Beroperasi dai jam 5 petang hingga 2 pagi. Menu yang dihidangkan cukup ringkas iaitu maggi berkuah yang diletakkan 2 ekor ketam nipah. Lokasinya begitu strategik di kawasan berhampiran dengan pusat perlancongan Tok Bali di daerah Pasir Puteh.Harga semangkuk maggi ketam ialah RM23 termasuk air.

Maggi ketam nipah


Terima kasih kerana sudi membaca.






Monday, September 15, 2014

Tajuk PTA


Antara tajuk PTA yang telah dihantar:
1.Promosi Pantai Irama Bachok Sebagai Destinasi Perlancongan
2.Promosi Nasi Tumpang Sebagai Menu Istimewa
3.Promosi Destinasi Popular Sarapan Pagi Di Kota Bharu
4.Identiti Korporat Alemy Meggi Ketam
5.Penambahbaikan Rekebentuk Pembungkusan Kuih Goyang

Doakan agar salah satu tajuk ni diterima.



Terima kasih kerana sudi membaca.