Pelbagai jenis atau spesis ketam yang dinamai dengan pe;bagai nama mengikut tempat dan negara. Di Malaysia, di antaranya yang dinamakan dengan ketam bunga, ketam biru, ketam batu, ketam renjong, ketam bulu, ketam minyak, ketam nipah, ketam bakau, ketam lumpur dan sebagainya. Namun, ada yang mengatakan ketam nipah adalah haiwan dua alam dan haram dimakan bagi orang Islam. Mengikut istilah sains, haiwan dua alam ini ada dua kategori iaitu reptilia dan amfibia yang mempunyai sistem pernafasan paru-paru. Edaran hidupnya sebahagian di dalam air dan sebahagian lagi di darat seperti katak, penyu, buaya dan seumpamanya.
Secara semulajadi ketam hidup serta membiak disekitar paya bakau, kuala sungai, tepi pantai atau laut, dalam air payau atau masin mengikut masa air pasang dan surut. Ketam juga mengambil masa berbulan-bulan untuk membesar. Walaupun ketam betina bertelur dengan jumlah yang banyak (jutaan telur) tetapi yang hidup dan membesar hanya 20 hingga 30 peratus sahaja. Yang selebihnya akan mati akibat menjadi mangsa serta makanan haiwan laut yang lain.
Jantina Ketam
Ramai di antara kita yang tidak mengetahui jantina ketam. Caranya adalah dengan melihat bawah perut ketam iaitu segi tiga lebar dan segi tiga panjang.
Ketam Betina
Bawah perutnya berbentuk segi tiga lebar
Ketam Jantan
Bawah perut ketam berbentuk segi tiga panjang
Mud Crabs
Nama saintifik : Scylla Serata
Swimmer Crabs / Sea Crabs
Nama saintifik : Portunus Sanguinolentus
Blue Swimmer Crabs / Sea Crabs
Nama saintifik : Portunus Pelagicus
Swimmer Crabs / Sea Crabs
Nama saintifik : Charybdis Cruciata
Harris Mud Crabs, Estuarine Mud Crabs
Nama saintifik : Rhithropanopeus Harrisii / Pilumnus Harrisi Gould
Spanner Crabs
Nama saintifik : Ranina ranina
Terima kasih kerana sudi membaca.